1. Periksa kesahihan ejen insurans dan keperluan insurans / takaful anda
Sebelum
membuat keputusan membeli insurans / takaful, anda perlu memastikan ejen
tersebut berdaftar dengan syarikat insurans / pengendali takaful yang
berkenaan. Berbincang dengan ejen insurans / takaful agar ejen tersebut boleh
membantu anda menilai keperluan insurans / takaful anda dan memberikan anda
maklumat mengenai polisi-polisi yang ditawarkan.
2.
Kepentingan pendedahan maklumat diri anda
Anda
mestilah memberikan semua fakta dalam borang permohonan anda sepenuhnya, dan
secara jujur terutamanya maklumat tentang tahap kesihatan anda dan sejarah
perubatan anda yang lepas. Sekiranya ejen anda mengisikan borang permohonan
untuk anda, baca dan fahamilah keperluan dalam borang tersebut dengan teliti
sebelum anda menandatangani borang berkenaan. Jika tidak, polisi insurans hayat
/ takaful keluarga anda mungkin boleh terbatal
3.
Tentukan berapa banyak perlindungan yang diperlukan
Sekiranya
anda sebagai ketua keluarga, keperluan anda untuk mengambil insurans / takaful
sangat penting. Musibah tidak dijangka dan boleh menimbulkan masalah kewangan
kepada tanggungan anda, seperti isteri dan anak-anak yang masih kecil.
Persoalannya, berapa banyak perlindungan yang anda perlukan? Anda perlu membuat
keputusan berdasarkan pendapatan dan kemampuan anda untuk membayar. Pastikan
juga insurans hayat / takaful keluarga yang dibeli mencukupi untuk menampung
beban kewangan sekiranya berlaku kematian yang tidak dijangka atau sebelum
waktunya.
4.
Menilai polisi semasa insurans hayat / takaful keluarga anda
Jika
anda sudah mempunyai polisi insurans hayat / takaful keluarga, sebaiknya jangan
membatalkannya sehingga anda menerima polisi yang baru. Anda mempunyai tempoh
minimum untuk mengkaji semula polisi baru anda. Setiap kali anda memperbaharui
polisi insurans/ takaful, premium / sumbangan yang akan dicaj mungkin lebih
tinggi. Anda boleh bertanya tentang kesan pada premium / sumbangan jika anda
terus memperbaharui polisi. Tanyakan juga, adakah anda akan kehilangan hak
untuk memperbaharui polisi pada umur tertentu. Hal ini adalah untuk mengetahui
apa yang akan terjadi sekiranya anda perlu menukar polisi. Buatlah keputusan
yang terbaik. Anda tidak semestinya perlu membatalkan polisi semasa. Anda
mungkin perlu menukar polisi bagi mendapatkan perlindungan dan faedah yang
lebih sesuai untuk diri anda dan keluarga.
5.
Bandingkan pelbagai jenis polisi insurans / takaful
Sebelum
anda membeli polisi, anda perlu membuat perbandingan polisi-polisi yang boleh
memberi perlindungan terbaik mengikut bajet anda. Anda boleh mendapatkan
maklumat daripada ejen yang berbeza, buat keputusan kenapa anda perlu memilih
polisi mereka dan bukan yang lain. Dengan cara ini, anda belajar meneliti
pelbagai jenis polisi insurans / takaful.
6.
Pastikan anda mampu membayar bayaran premium / sumbangan
Sebelum
membeli polisi insurans hayat / takaful keluarga, pastikan bahawa anda boleh
membayar premium / sumbangan yang dibeli. Berikut adalah peruntukan penting
dalam polisi insurans hayat / takaful keluarga:-
a)
Insurans Hayat
Bagi bayaran premium bulanan, tempoh tangguh selepas tamat tarikh bayaran premium ialah 15 hari. Bagi bayaran premium secara setengah-tahunan atau tahunan, tempoh tangguhnya ialah 30 hari. Sekiranya premium / sumbangan masih tidak dibayar pada tempoh tangguh, polisi anda akan luput atau akan tertakluk kepada polisi berbayar kurang atau pinjaman premium automatik.
Berbayar
terkurang – Anda boleh berhenti membayar premium seterusnya selepas polisi anda
mempunyai nilai tunai. Polisi itu akan terus berkuat kuasa tetapi nilai
diinsuranskannya akan dikurangkan.
Pinjaman
premium automatik – Sekiranya premium tidak dibayar pada tempoh tangguh, dan
dengan syarat bahawa polisi anda mempunyai nilai tunai yang mencukupi,
sesetengah syarikat insurans akan secara automatik memberikan pinjaman untuk
pembayaran premium yang tertunggak. Faedah akan dikenakan ke atas amaun
pinjaman premium yang tertunggak. Pinjaman premium automatik akan mengurangkan
nilai tunai polisi anda.
b)
Takaful Keluarga
Tempoh tangguh – anda dibenarkan tempoh tangguh selama 30 hari untuk menjelaskan bayaran ansurans caruman takaful. Jika anda meninggal dunia semasa tempoh tangguh, ansurans caruman takaful yang belum jelaskan akan ditolak daripada jumlah manfaat takaful anda.
7.
Dapatkan bantuan ejen insurans / takaful untuk menilai polisi masa hadapan anda
Anda
perlu mendapatkan bantuan ejen untuk mengenal pasti dan menilai polisi anda
pada masa hadapan. Contohnya, perkembangan nilai polisi tunai, secara bulanan,
tahunan dan pada masa-masa akan datang. Polisi-polisi insurans / takaful
mempunyai nilai tunai yang agak stabil sepanjang tahun. Tanya kepada ejen anda
untuk paparan tahun ke tahun tentang nilai dan manfaat polisi anda. Sebagai
pelanggan, anda berhak bertanya tentang perkaraperkara seperti berikut:-
•
Adakah premium atau faedah yang diperoleh berbeza dari tahun ke tahun?
• Berapa banyak faedah yang terkumpul di dalam polisi ini?
• Apakah sebahagian daripada premium / sumbangan atau manfaat yang tidak dijamin?
• Berapa banyak faedah yang terkumpul di dalam polisi ini?
• Apakah sebahagian daripada premium / sumbangan atau manfaat yang tidak dijamin?
Semua
persoalan di atas dinyatakan dalam polisi anda. Anda boleh bertanya kepada ejen
untuk membantu anda memahami perkara yang tidak jelas.
8.
Menyemak polisi insurans hayat / takaful keluarga anda setiap tahun
Bagaimana
inflasi akan memberi kesan kepada keperluan masa hadapan anda? Adakah anda
memerlukan lebih insurans / takaful apabila saiz keluarga anda meningkat? Anda
perlu mengkaji semula polisi dengan ejen anda setiap tahun untuk mengikut
perkembangan dengan perubahan dalam pendapatan dan keperluan anda.
Akhir sekali, berhati-hati apabila membeli insurans / takaful daripada ejen-ejen yang tidak diiktiraf atau ejen tidak berlesen. Pastikan premium / sumbangan dibayar kepada syarikat insurans / pengendali takaful. Pastikan cek atau kiriman wang yang perlu dibayar kepada syarikat insurans / pengendali takaful dan bukan kepada ejen insurans. Dapatkan resit selepas membuat pembayaran sebagai bukti pembayaran.
Akhir sekali, berhati-hati apabila membeli insurans / takaful daripada ejen-ejen yang tidak diiktiraf atau ejen tidak berlesen. Pastikan premium / sumbangan dibayar kepada syarikat insurans / pengendali takaful. Pastikan cek atau kiriman wang yang perlu dibayar kepada syarikat insurans / pengendali takaful dan bukan kepada ejen insurans. Dapatkan resit selepas membuat pembayaran sebagai bukti pembayaran.
No comments:
Post a Comment