a)
Cabutan Gigi
Harga
Lama : RM1
Harga
Baru : RM15
b)
Cuci Gigi
Harga
Lama : RM 2
Harga
Baru : RM 55
c)
Tampalan
Harga
Lama : RM2
Harga
Baru : RM25
(_Pekeliling
berkuatkuasa 1/2/2017_)
Assalamualaikum
dan Selamat Sejahtera
YBhg.
Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan,
Dengan
segala hormatnya saya diarah merujuk kepada surat pemberitahuan daripada
Bahagian Kewangan bertarikh 26 Januari 2017 rujukan (24)KKM.400-9/1/3 Jld.2
berkaitan Surat Pekeliling Ketua Setiausaha (KSU) Bil 4/2017 dan emel Bahagian
ini bertarikh 26 Januari 2017 mengenai perkara di atas.
2.
Sepertimana sedia maklum, kadar baharu bagi caj perubatan warganegara
berdasarkan Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017 akan berkuatkuasa mulai 1
FEBRUARI 2017.
3.
Walaubagaimanapun, caj yang melibatkan PERGIGIAN adalah ditangguhkan
pelaksanaannya sehingga 1 MAC 2017. Surat pekeliling KSU mengenai pelaksanaan
caj pergigian akan dikemukakan kelak. Kerjasama pihak YBhg.
Datuk/Dato'/Datin/tuan/puan adalah dimohon untuk memaklumkan perkara ini kepada
semua PTJ di bawah seliaan jabatan YBhg. Datuk/Dato'/Datin/tuan/puan
masing-masing. Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini bolehlah menghubungi
Unit Hasil, Bahagian Kewangan, Kementerian Kesihatan Malaysia di talian 03-8883
2408 / 3063 / 2399 / 3078.
4.
Segala kerjasama daripada pihak YBhg. Datuk/Dato'/Datin/tuan/puan dalam perkara
ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
"BERKHIDMAT
UNTUK NEGARA"
Sekian,
terima kasih.
Murni
Rahayu binti Ahmad Anuar
Bahagian
Kewangan
Kementerian
Kesihatan Malaysia
Tel
: 03-8883 3068
Faks
: 03-8883 4364
Artikel: Buletinonline.Net
No comments:
Post a Comment